Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah Tan Sri Ahmad Nawab selesai disolatkan


Oleh: Siti Khadijah Jaafar

GOMBAK: Jenazah maestro muzik tanahair, Tan Sri Ahmad Nawab, 92 tahun selesai disolatkan di Surau Al-Tarbiah Al-Islamiah Taman Melewar, di sini kira-kira jam 10 pagi tadi.

Jenazah kemudian akan dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah (Kuala Lumpur-Karak) sekitar 11 pagi nanti untuk dikebumikan.

Terdahulu jenazah Allahyarham tiba di surau ini dari kediamannya di Taman Melewar kira-kira pukul 8.30 pagi.

Selain ahli keluarga dan kenalan rapat, beberapa rakan artis turut meluangkan masa menziarahi jenazah termasuk Penyanyi Indonesia, Hetty Koes Endang, Datuk ND Lala, Ramlan Ram serta penulis Lukhman S.

Selain ahli keluarga dan kenalan rapat, beberapa rakan artis dan kenamaan termasuk Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil.

Turut kelihatan bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil dan bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir.

Allahyarham Tan Sri Ahmad Nawab atau nama sebenarnya Ahmad Khan Nawab Khan menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 3.15 petang semalam akibat sakit tua.

Untuk rekod, Allahyarham telah menghasilkan lebih 200 album artis tempatan dan Indonesia antaranya Uji Rashid, Broery Marantika, Hetty Koes Endang, Datuk Khatijah Ibrahim, Datuk Sudirman Arshad dan Ramlah Ram.

Allahyarham juga dianugerahkan pengiktirafan sebagai Seniman Negara pada 2006 atas jasa dan sumbangannya dalam industri muzik.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini