comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Tan Sri Musa Mohamad selamat dikebumikan

PETALING JAYA: Jenazah bekas Menteri Pendidikan, Allahyarham Tan Sri Musa Mohamad yang meninggal dunia semalam selamat dikebumikan pada 10.40 pagi tadi di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9 Kota Damansara.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Kota Damansara untuk dimandi dan dikafan, sebelum disolatkan oleh jemaah yang diimamkan menantu arwah, Mohd Nordin Mat Sah.

Jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan untuk pengebumian yang dihadiri lebih 50 orang terdiri daripada ahli keluarga, saudara dan kenalan.

Allahyarham Musa, 81, yang juga bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia meninggal dunia kira-kira jam 7.12 malam semalam akibat kanser darah di sebuah pusat perubatan swasta di Petaling Jaya.

Beliau merupakan individu pertama bukan ahli politik memegang jawatan sebagai Menteri Pendidikan dari tahun 1999 hingga 2004.

Sepanjang kariernya, Allahyarham Musa pernah berkhidmat di Universiti Sains Malaysia (USM) serta pernah memegang beberapa jawatan penting antaranya Presiden Pertubuhan Menteri-menteri Pendidikan Antarabangsa dari tahun 2001 hingga 2003 dan Pengerusi Majlis Universiti UCSI.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini