comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah tiga maut di Kota Tinggi selamat dikebumikan

KOTA TINGGI: Jenazah ketiga-tiga mangsa kemalangan maut di Jalan Utama Felda Air Tawar jam 1 pagi tadi, selamat dikebumikan di kampung halaman masing-masing petang tadi.

Jenazah Amirul Asyraf Zulkifli, 28, dan Noor Azman Abdul Rahman, 46, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Air Tawar 3  kira-kira jam 4.30 petang dan 5.40 petang.

Manakala jenazah Muhammad Amirul Faiz Azmi 22 tahun pula dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Pasak, Kota Tinggi kira-kira jam 4 petang.

Terdahulu jenazah ketiga-tiga mangsa dituntut ahli keluarga masing-masing selepas selesai proses bedah siasat di Hospital Kota Tinggi.

Suasana hiba menyelubungi tanah perkuburan apabila lebih seratus ahli keluarga, saudara dan rakan setugas ketiga-tiga mangsa hadir memberikan penghormatan terakhir.

Kehilangan Allahyarham Cikgu Azman turut dirasai pelajar sekolah menengah kebangsaan (SMK) Felda Air Tawar.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini