comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Tun Abdul Taib Mahmud dibawa ke Masjid Negara

Toh Puan Raghad Kurdi Taib mengiringi jenazah suaminya Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud ke Masjid Negara untuk dimandikan dan solat jenazah. FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud, 87, yang meninggal dunia awal pagi tadi di sebuah hospital swasta di sini, dibawa ke Masjid Negara untuk disolatkan.

Jenazah bekas Ketua Menteri Sarawak itu dibawa menggunakan kenderaan milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada pukul 9.05 pagi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof memeluk anak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib ketika jenazah Allahyarham tiba di Masjid Negara untuk dimandikan dan solat jenazah. FOTO: NSTP

Abdul Taib meninggal dunia di hospital berkenaan pada 4.40 pagi tadi selepas kira-kira seminggu menerima rawatan di hospital berkenaan.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Negara bagi tujuan pengurusan kematian dan penghormatan terakhir sebelum dibawa ke Kuching untuk disemadikan.

Anak Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Taib memikul jenazah Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud ketika tiba di Masjid Negara untuk dimandikan dan solat jenazah. FOTO: NSTP

Terdahulu, perkarangan hospital berkenaan mula dipenuhi dengan kunjungan ahli keluarga dan sahabat Allahyarham.

Antara yang berada di hospital adalah Timbalan Menteri Ekonomi yang juga anak perempuan Allahyarham Datuk Hanifah Hajar Taib dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.– BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini