comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah wanita maut dibunuh dengan tukul besi dikebumikan

 

DUNGUN: Jenazah Allahyarhamah Rubiah Sabtu yang dipercayai dibunuh suaminya dengan tukul besi, dikebumikan pagi tadi.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Besi, di sini, jam 11.30 pagi.

Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Bukit Besi.

Allahyarhamah meninggalkan tujuh orang anak.

Enam orang anak melalui perkahwinan pertama iaitu Muhammad Daniel Mohd Radzi, 18; Muhammad Danish Hakim, 15; Nur Daniela Danissya, 11; Muhammad Adam Darwisy Mohd Radzi, 9; Muhammad Danial Naufal, 7 dan Muhammad Dani Lutfi, 5.

Manakala melalui perkahwinan bersama suspek, dikurniakan seorang anak  berusia 3 bulan dan masih menyusu badan, Nur Kaira Damia.

Sementara itu, suami arwah telah direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Dalam kejadian jam 8.00 pagi semalam, pasangan suami isteri itu dilaporkan bertengkar sebelum mangsa dibelasah dan dipukul berkali-kali dengan tukul di  muka dan kepala.

Polis mengesahkan terdapat enam kecederaan serius di  kepala mangsa.

Loading...
Terkini