comscore
Tumpuan :
Nasional

Jerami gulung untuk pameran terbakar

Beberapa jerami gulung yang musnah dalam kebakaran di Jalan Pulau Bunting, Kampung Sungai Kering, Yan. Foto ihsan BBP Yan.

YAN: Beberapa gulung jerami padi yang diletakkan untuk pameran kepada orang ramai di Jalan Pulau Bunting, Kampung Sungai Kering, di sini musnah dalam kebakaran hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Yan, Penolong Penguasa Bomba Noorhamidi Ali berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.10 petang.

Beliau berkata sepasukan anggota dari BBP Yan diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Hanif Abu Bakar bergegas ke lokasi kejadian.

“Operasi turut dibantu tiga anggota dari Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Limau,” katanya.

Katanya, cuaca panas serta angin kencang menyebabkan api cepat merebak.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini