Tumpuan :
Nasional

JHL tembak mati 4 buaya di Lahad Datu

Foto hiasan

LAHAD DATU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) menembak mati empat buaya jantan setiap satu berukuran lebih tiga meter dalam operasi tiga hari di sekitar Ladang Felda Sahabat 46, Tungku di sini, bermula Isnin lalu.

Pegawainya, Hairulnizam Hasnan @ Magiol, berkata JHL menerima aduan daripada pihak ladang berhubung kehadiran buaya terbabit dan khuatir akan keselamatan pekerja mereka.
Operasi tiga hari ini dijalankan bagi memastikan keselamatan pekerja ladang dan kaedah pancing buaya digunakan untuk menangkap haiwan itu.

“Kami (JHL) memasang pancing buaya di sekitar sungai serta pantai dan kemudian menunggu panggilan pihak ladang sekiranya terdapat buaya memakan umpan pancing tersebut,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata susulan operasi itu empat buaya berjaya ditangkap sebelum ditembak mati dan bangkainya ditanam. —BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini