comscore
Tumpuan :
Nasional

Jijik! Kes kencing di tempat terbuka berulang

Foto web

KUALA LUMPUR: Tingkah laku kencing di tempat terbuka tanpa segan silu berulang lagi.

Sesudah kelakuan tidak senonoh sebelum ini yang berlaku di kawasan parkir, kali ini perbuatan menjijikkan itu berlaku di laluan pejalan kaki berhampiran sebuah pusat membeli-belah dekat Sunway pula.

Walaupun berjaya ‘melepaskan hajat’, perilaku lelaki terbabit bagaimanapun sempat dirakam oleh orang awam yang berada di situ, baru-baru ini.

Seorang netizen yang berkongsi pengalaman berdepan dengan situasi menjengkelkan itu menceritakan dia tergamam apabila terserempak dengan lelaki terbabit.

Kal Ng berkata, dia tidak pasti sama ada lelaki terbabit warga Malaysia atau pelancong asing.

Bercakap kepada sebuah portal, Ng berkata, dia jijik dan merasakan seolah-olah tidak dihormati apabila melihat perilaku lelaki terbabit.

Justeru, dia berharap pihak berkuasa megambil tindakan terhadap lelaki berkenaan.

“Sama seperti lelaki warga Australia yang kencing di tempat letak kereta sebelum ini, ini pasti akan mengundang tindakan daripada polis, ” katanya.

Sebelum ini, seorang lelaki yang dirakam netizen membuang air kecil pada tiang kawasan parkir di sebuah pusat beli-belah dekat sini, diberkas bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, suspek yang juga warga Australia itu ditahan anggota polis kira-kira jam 11.15 pagi.

Suspek berumur 32 tahun itu ditahan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Subang Jaya.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini