Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
SEREMBAN: Kadar tol mungkin boleh diturunkan jika kos pembangunan lebuh raya dapat dikawal, selain tidak berlakunya ketirisan dan rasuah.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar berkata kos pembangunan lebuh raya sebenarnya boleh dikurangkan namun meningkat disebabkan terlalu banyak bayaran yang dikeluarkan untuk proses kelulusan.
“Saya percaya Kementerian Kerja Raya, LLM untuk projek yang seterusnya, pastikan kelulusan disegerakan. Ini boleh berlaku kalau semua bertanggungjawab dan merasakan ini projek rakyat,”
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) lestari yang pertama di lebuh raya Malaysia di R&R Seremban (Arah Selatan) Lebuhraya Utara-Selatan, di sini hari
ini.
Turut hadir Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan timbalannya Datuk Seri Ahmad Maslan, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar dan Pengerusi LLM Datuk Seri Hasni Mohammacd.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.