comscore
Tumpuan :
Nasional

 JIM di peringkat akhir perkemas aplikasi kod QR

Grafik mengenai penggunaan aplikasi kod QR bagi pemeriksaan perjalanan rentas sempadan di pintu masuk negara. Grafik FB Jabatan Imigresen Malaysia.

KUALA LUMPUR: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam peringkat akhir memperkemaskan keperluan aplikasi kod QR bagi pemeriksaan perjalanan rentas sempadan membabitkan rakyat Malaysia di pintu masuk negara.

Ketua Pengarah JIM, Datuk Ruslin Jusoh berkata proses pengujian pemeriksaan menggunakan kod QR untuk perkhidmatan bas dan motosikal sudah dimulakan di CIQ Kompleks Sultan Abu Bakar (KSAB), Gelang Patah, Johor, pada Sabtu lalu.

“Pelaksanaan pengujian itu berjalan lancar dan mendapat maklum balas positif daripada pengguna,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Ruslin, berdasarkan rekod seramai 117,000 pengguna memuat turun aplikasi itu dan 13,846 pengguna sudah menggunakannya.

Tambahnya, pada masa sama pihaknya juga sedang menjalankan proses pengujian sama di laluan penumpang bas di CIQ Bangunan Sultan Iskandar (BSI).

Jelas Ruslin, pelaksanaan pemeriksaan imigresen menggunakan kod QR itu adalah proses percubaan untuk tempoh tiga bulan dan hanya membabitkan rakyat Malaysia yang menggunakan perkhidmatan bas serta motosikal di CIQ KSAB serta perkhidmatan bas di CIQ BSI.

Katanya, JIM sentiasa komited memastikan pelaksanaan kod QR berjalan lancar bagi memudahkan pergerakan keluar dan masuk di pintu masuk sempadan Malaysia-Singapura.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini