comscore
Tumpuan :
Nasional

JIM Johor hantar pulang 140 warga asing selesai jalani hukuman

JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Johor menghantar pulang 140 tahanan warga asing dari beberapa negara yang ditahan di Pusat Tahanan Pekan Nanas, Pontian melalui laluan laut dan udara.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Imigresen Johor, kumpulan pertama membabitkan 55 orang warga Indonesia termasuk 40 lelaki dan 15 wanita dihantar pulang ke pelabuhan Batam, Indonesia melalui terminal feri Stulang laut.

Manakala kumpulan kedua seramai 82 orang dari pelbagai warganegara dihantar pulang ke negara asal masing-masing termasuk 77 warga Myanmar, 2 Pakistan dan bakinya warga Sri Lanka.

Kesemua mereka dihantar pulang pada 9 Mei 2024 menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa, (KLIA2).

Pembiayaan tiket penghantaran pulang kesemua tahanan ini dibiayai sepenuhnya oleh pihak tahanan sendiri dan hasil sumbangan ahli keluarga masing-masing.

Penghantaran pulang itu dibuat setelah kesemua tahanan terbabit selesai menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan yang dilakukan termasuklah kesalahan dibawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini