comscore
Tumpuan :
Nasional

JIM Kelantan hantar pulang lebih 100 tahanan warga asing

FOTO: JIM Kelantan / Facebook

PETALING JAYA: Jabatan Imigresen Kelantan telah menghantar pulang sejumlah 137 warga asing yang sebelum ini ditahan di depotnya di Tanah Merah di sini.

Pengarahnya, Mohd Faizal Shamsudin berkata, mereka dihantar pulang ke negara masing-masing melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur hari ini dengan penerbangan yang melibatkan destinasi ke Istanbul, Phnom Penh, Yangon, Ho Chi Minh City, Dhaka dan Delhi.

FOTO: JIM Kelantan / Facebook

Beliau berkata mereka terdiri daripada 119 lelaki, 13 wanita, seorang kanak-kanak lelaki dan empat kanak-kanak perempuan.

FOTO: JIM Kelantan / Facebook

“Antara kesalahan yang dilakukan ialah di bawah Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan,” menurutnya dalam satu kenyataan hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini