comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] JIM nafi video tular papar lapangan terbang sesak dengan pelancong China

Oleh: Fatin Hanani Sahimi 

PETALING JAYA : Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menafikan video tular dakwaan berlaku kesesakan di lapangan terbang akibat dibanjiri oleh pelancong warga China.

Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata, video itu adalah video lama selain menafikan rakaman berkenaan dibuat di lapangan terbang antarabangsa negara.

Tangkap layar video tular

“JIM ingin menegaskan bahawa video tersebut adalah video lama yang dirakam pada tahun 2022 di Dewan Bas, Bangunan Sultan Iskandar (BSI) Johor Bahru semasa pintu masuk negara mula dibuka selepas sekatan pergerakan rentas sempadan akibat
COVID-19 ditamatkan.

“Video itu dirakamkan semasa pergerakan masuk rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, ” jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya berdasarkan rekod, secara purata pergerakan keluar dan masuk di BSI adalah 250,000 pada hari-hari biasa dan akan meningkat sekali ganda pada musim-musim perayaan.

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tidak sahih yang boleh menimbulkan kekeliruan dan keresahan dalam kalangan masyarakat,” tambahnya.

Loading...
Terkini