comscore
Tumpuan :
Nasional

JIM Pahang hantar pulang 60 PATI warga Indonesia 

FOTO: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pahang / Facebook

KUANTAN: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pahang menghantar pulang 60 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia ke negara asal mereka semalam.

JIM Pahang dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasminya memaklumkan, semua PATI yang dihantar pulang terdiri daripada 46 lelaki dan 14 wanita.

Menurut kenyataan itu, penghantaran menggunakan perkhidmatan feri dari Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Melaka ke Pelabuhan Dumai, Indonesia.

FOTO: Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Pahang / Facebook

“Semua PATI adalah tahanan dari Depot Imigresen Kemayan, Bera yang telah selesai menjalani hukuman atas pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan pelbagai kesalahan-kesalahan yang diperuntukan dalam Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Program pemindahan PATI yang dikendalikan Depot Imigresen Kemayan ini, merupakan sebahagian daripada aktiviti penguatkuasaan yang dijalankan secara berterusan oleh JIM Pahang.- BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini