comscore
Tumpuan :
Nasional

JIM tahan 28 pelombong bijih besi warga asing

Pengarah Imigresen Terengganu, Azhar (tengah) ketika sidang media. – FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: 28 pendatang asing tanpa izin (PATI) diberkas dalam operasi khas Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) di kawasan tapak perlombongan bijih besi di Kemaman, semalam.

Antara yang ditahan lapan warga China.

Pengarah Imigresen Terengganu Azhar Abd Hamid berkata, siasatan mendapati lapan warga China itu masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial dan bekerja di tapak perlombongan bijih besi sejak beberapa bulan lalu.

Katanya, warga China itu ditahan mengikut Peraturan 39 (b), Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas lawatan untuk berkerja.

“Operasi khas itu bermula kira-kira 6 pagi diadakan hasil maklumat awam dan risikan.

“Selain warga China terbabit, turut ditahan 15 Pati warga Indonesia, tiga warga Bangladesh dan masing-masing seorang warga Pakistan serta Myanmar,” katanya kepada media, semalam.

Katanya, empat majikan dipanggil untuk diambil keterangan kerana didapati bersalah menggaji Pati dan akan didakwa mengikut Seksyen 56 (1) (d) Akta Imigresen 1963.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini