comscore
Tumpuan :
Nasional

JIPS akan buat pemeriksaan mengejut

 

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun – Foto fail NSTP

KOTA BHARU: Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Kelantan akan melakukan pemeriksaan mengejut ke balai, lokap dan tempat sensitif bagi mengesan apa jua kelemahan dari segi penyeliaan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata ,berikutan itu semua Ketua Jabatan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) dan unit di bawahnya akan diarahkan supaya turun padang bagi melihat kepatuhan dari segi prosedur operasi standard (SOP).

“Sekiranya ada kelemahan yang kita rasakan kita mampu tangani ia akan dilaksanakan secara nasihat sebelum menjadi lebih teruk,” katanya selepas Perhimpunan Bulanan dan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) di IPK Kelantan, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini tiada kelemahan ketara, khususnya dari segi pematuhan direkodkan melibatkan pegawai dan anggota polis IPK Kelantan.

“Jika ada kelemahan kecil mungkin disebabkan ada pegawai atau anggota yang bertugas terlibat dengan kursus, terlibat sukan ataupun akibat kekeliruan,” katanya.

Sementara itu tambahnya polis Kelantan juga dalam proses melihat jawatan sensitif ataupun pegawai yang dilihat telah terlalu lama di sesuatu tempat.

Beliau berkata walaupun seseorang pegawai telah lama di sesuatu tempat dilihat tidak bermasalah, mereka tetap akan dipindahkan.

“Pegawai atau anggota yang dipindahkan ini adalah supaya dapat digilap agar lebih berpengetahuan dan lebih berdaya saing.

“Kita juga bimbang sekiranya sudah terlalu lama mereka (pegawai dan anggota) akan terjebak pada sesuatu perkara yang tidak baik dan mencalar imej pasukan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini