comscore
Tumpuan :
Nasional

JKDM buka 23 kertas siastan sepanjang 2022 menerusi Operasi Bersepadu Khazanah 

Oleh Kadir Edison

KUCHING: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membuka 23 kertas siasatan sepanjang tahun ini atas pelbagai kesalahan dibawah Akta Kastam 1967 dan Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesis Terancam 2008 melibatkan nilai rampasan berjumlah RM73.4 juta.

Bagaimanapun, tiada pendakwaan dilakukan setakat ini terhadap 23 kes berkenaan dengan sebahagiannya daripanya masih lagi dalam siasatan pihak JKDM.

Penolong Ketua Pengarah  Penguatkuasaaan JKDM, Ribuan Abdullah berkata, daripada 23 kes terbabit, sebanyak dua kes telah selasi dikenakan kompaun membabitkan nilai sebanyak seratus ribu 200 ringgit.

“Kita ada sebahagian masih lagi dalam peringkat mendapat izin untuk dakwa dari pejabat Pendakwa raya (PPR) dan sebahagian laggi masih dalam peringkat siasatan untuk mengenalpasti siapa, yang diimport siapa penerima di Malaysia.

“Manakala yang dieksport kita hendak menganlpasti siapa yang membuat pengeksportan itu kerana lazimnya yang mengeksport dia tidak akan menggunakan alamat yang betullah dan daripada kes-kes yang kita perolehi kebanyakkan aalamat-alamat dan nama penerima telah dipalsukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Operasi Bersepadu Khazanah di Kuching.

Menurut Ribuan, menerusi operasi yang dilakukan sepanjang tahun ini, terdapat beberapa modus operandi baharu dikenalpasti digunakan pihak terlibat dalam melakukan penyeludupan hidupan liar terancam.

Antaranya menerusi menggunakan laluan laut dengan mengunakaan kehadiran nelayan asing yang berlabuh pelabuhan atau jeti nelayan tempatan sebagai laluan untuk menyeludup keluar hidupan liar terbabit ke luar negara.

Sementara itu  Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata sebanyak 50 perjawatan baharu sudah diluluskan untuk memantapkan lagi Biro Kawalan Jenayah Hidupan Liar (WBC) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam usaha mengekang aktiviti penyeludupan hidupan liar di negara ini.

Kelulusan yang diputuskan kerajaan pada pertengahan Julai lalu itu akan memberi impak berkesan dalam usaha memerangi jenayah berkaitan hidupan liar

Selain membantu untuk mengawal kegiatan pemburu haram dan aktiviti pemerdagangan serta melindungi spesies yang dilindungi atau terancam.

Loading...
Terkini