comscore
Tumpuan :
Nasional

JKKTN setuju cadangan tubuh akta kawal selia BBP

Foto hiasan

PUTRAJAYA: Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) bersetuju dengan cadangan untuk menggubal akta bagi memperkukuhkan kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP).

Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan hari ini berkata penggubalan akta itu mencakupi perkara berkaitan pinjaman, pelaburan, penubuhan anak syarikat dan lain-lain perkara bagi tujuan diputuskan di Kementerian Kewangan.

“Kerajaan memandang serius isu kelemahan tata kelola dalam pengurusan entiti berkepentingan kerajaan yang menyebabkan ketirisan wang awam, salah guna kuasa dan menjejaskan imej negara.”

“Sehubungan itu, Perdana Menteri menegaskan supaya pelanggaran tata kelola yang pernah berlaku ke atas entiti berkepentingan kerajaan sebelum ini tidak berulang lagi,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu juga menyebut, mesyuarat JKKTN yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut bersetuju supaya satu pasukan petugas khas ditubuhkan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) bagi pelaksanaan syor Jawatankuasa Kajian Terhadap Kes Kematian Dalam Tahanan dan Cadangan Langkah Pencegahan.

Ia membabitkan aspek penambahbaikan perundangan, prosedur operasi standard (SOP) dan infrastruktur untuk diteliti oleh entiti kawal selia serta dilaksanakan oleh agensi penguatkuasaan di bawah bidang kuasa masing-masing.

Menurut kenyataan itu, ia adalah bagi memastikan isu hak asasi manusia terpelihara selaras dengan prinsip tata kelola baik negara.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini