comscore
Tumpuan :
Nasional

JKNS nafi kempen derma untuk Klinik Kesihatan Tangkarason

Klinik Kesihatan Tangkarason, Beluran yang musnah dalam kebakaran awal pagi kelmarin. FOTO: JBPM Sabah

Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) menafikan sebarang kempen derma yang didakwa untuk disalurkan kepada Klinik Kesihatan Tangkarason, Beluran yang musnah dalam kebakaran awal pagi kelmarin.

Pengarahnya, Datuk Dr Asits Sanna, berkata pihaknya tiada mengeluarkan sebarang arahan atau mengadakan kempen derma berkenaan.

FOTO: JBPM Sabah

“JKNS mengambil maklum isu tular di media sosial iaitu kempen derma kepada Klinik Kesihatan Tangkarason yang terbakar sepenuhnya termasuk sebuah unit kuarters pada awal pagi, 15 Februari 2024.

“Oleh itu, jabatan ini ingin menegaskan bahawa kempen derma ini adalah bukan di bawah arahan ataupun kelolaan JKNS,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

FOTO: JBPM Sabah

Jelas Dr Asits, JKNS sentiasa komited dalam memastikan perkhidmatan kesihatan dapat diakses orang awam setiap masa.

Justeru perkhidmatan operasi klinik terbabit dipindahkan sementara waktu di Dewan Serbaguna Kampung Tangkarason dan akan mula beroperasi pada 19 Februari ini.

FOTO: JBPM Sabah

“JKNS bersama Kementerian Kesihatan akan memastikan kebajikan anggota kesihatan yang terbabit sentiasa dijaga.

“Selain itu sumbangan juga sudah disampaikan kepada dua orang kakitangan yang kuarters mereka terbabit dalam kebakaran untuk meringankan bebanan yang mereka hadapi.

FOTO: JBPM Sabah

“Mereka kini ditempatkan di inap desa berdekatan dan turut diberikan sokongan Psychological First Aid (PFA),” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini