comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Johari gesa guna peruntukan kecemasan baiki segera SMK Datok Lokman

Oleh Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Ahli parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menggesa peruntukan kecemasan digunakan untuk membaik pulih segera kerosakan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datok Lokman yang rosak teruk akibat ribut, Sabtu lalu.

Johari berkata keselamatan dan keselesaan pelajar sekolah itu perlu diutamakan termasuk mereka yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi.

“Kerja-kerja untuk membetulkan bumbung ini perlu dibuat segera, kalau isu soal bajet tidak ada sebab dah hujung tahun, kes macam ini kita boleh pakai untuk emergency bajet (bajet kecemasan), sebab itu saya nak minta Persatu Ibu Bapa dan Guru (PIBG) buat satu surat komprehensif dan saya akan cuba minta Kementerian Pendidikan atau pengarah kementerian pendidikan untuk melihat perkara ini secara kecemasan” katanya ketika ditemui melawat, SMK Datok Lokman, di Desa Pandan.

Menurut beliau, kerosakan 12 kelas tingkatan 4 dan 5 menyebabkan
pelajar kini terpaksa belajar di dewan dan makmal.

Johari turut bersedia menjadi pengantara bagi pihak PIBG dengan Kementerian Pendidikan dalam menyelesaikan isu ini.

Untuk tindakan awal, beliau meminta agar bumbung sekolah dibaiki segera supaya tidak berkait dengan permasalahan lain seperti sistem pendawaian dan sebagainya.

Yang Dipertua (PIBG) SMK Datok Lokman, Saberi Ali pula berkata, beliau akan menyerahkan surat kepada Johari esok untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini