comscore
Tumpuan :
Nasional

Johari satu-satunya calon bagi parlimen Titiwangsa yang mengundi di kawasan kerusi ditandingi

Oleh Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Calon BN Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Isteri Datin Seri Zurwati Haslinda Zainal Bahry selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Taman Maluri kira-kira jam 9 pagi.

Beliau menunaikan tanggungjawab itu di saluran 3.

Seramai 5,544 pengundi berdaftar layak mengundi di pusat pengundian ini yang menyediakan 9 saluran.

Parlimen Titiwangsa menyaksikan saingan empat penjuru dengan Datuk Seri Johari bertembung dengan calon Pakatan Harapan (PH) Khalid Abdul Samad, calon PEJUANG Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan serta calon Perikatan Nasional (PN) Dr Rosni Adam.

Difahamkan ketiga-tiga calon lain itu merupakan pengudi di luar kawasan parlimen Titiwangsa.

Pusat penjumlahan undi untuk parlimen Titiwangsa akan dilaksanakan di SMK Aminuddin Baki yang merupakan sekolah menengah Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

 

Parlimen Titiwangsa mempunyai 80,747 orang pengundi berdaftar dengan tiga zon melibatkan Kampung Pandan, Datuk Keramat dan Kampung Baru.

Daripada peratusan tersebut, 72.5 peratus atau 58,509 pengundi Melayu, 16.4 peratus atau 13,250 pengundi Cina, sementara 9.5 peratus atau 7,687 pengundi India, dan lain-lain, 1.6 peratus bersamaan 1,301 pengundi.

Mengikut pecahan zon pula, daripada 80,747 pengundi itu, 47. 3 peratus atau 38,247 akan mengundi di zon Kampung Pandan, turut mengundi di zon Datuk Keramat, 27.4 peratus atau 20,414 pengundi, sementara zon Kampung Baru 25.3 peratus atau 22,086 pengundi.

Daripada jumlah itu juga, 21.1 peratus pengundi di sini antara 31 hingga 40 tahun, diikuti 21 hingga 30 tahun melibatkan 19 peratus dan 17 peratus antara 41 sehingga 60 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay turut hadir memantau perjalanan proses pengundi di sini.

Loading...
Terkini