comscore
Tumpuan :
Nasional

Johor batal, senarai hitam lesen perniagaan disewa kepada warga asing

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor.

ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Negeri Johor mengarahkan supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri ini membatalkan serta menyenaraihitam lesen perniagaan yang disewakan kepada warga asing.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata di bawah arahan itu, semua PBT disaran mewujudkan jawatankuasa khas bagi menangani isu berkenaan.

Katanya, kesemua 16 PBT di negeri ini perlu mengambil tindakan turun ke lapangan untuk menyemak lesen-lesen perniagaan yang sudah dikeluarkan.

Bandar raya Johor Bahru adalah antara 16 PBT di Johor. FOTO: NSTP

“Jika (lesen perniagaan) disewakan pemilik kepada warga asing atau Ali Baba, maka kita boleh batalkan lesen dan senarai hitam terus, jangan ingat kebal.”

“Kerajaan Johor tidak pernah keluarkan lesen perniagaan termasuk penjaja kecil kepada warga asing. Mereka diharamkan berniaga,” katanya.

Menurut Mohd Jafni, semua 16 PBT di Johor sudah mula menyita dan merampas perniagaan terutama gerai penjaja yang dikendalikan warga asing malah gerai dimiliki PBT juga sedang menjalani proses pemutihan supaya tiada warga asing yang menyalahgunakan lesen perniagaan dikeluarkan.

Belia berkata demikian pada sidang media menerima sumbangan SWM Environment Sdn Bhd kepada Kerajaan Negeri Johor bernilai RM122,500 untuk disalurkan kepada golongan B40, di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Jafni berkata Kerajaan Negeri Johor sudah membangkitkan isu perniagaan dikendalikan warga asing menggunakan nama orang tempatan yang dibuat menerusi perkahwinan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, baru-baru ini.

Katanya, isu itu dibangkitkan supaya ada prosedur dan kawalan tertentu dirangka kementerian supaya lesen perniagaan tidak disalahguna warga asing untuk berniaga di negara ini.

“Peniaga warga asing ini terutama di pasar bila jual ikan kembung contohnya RM10, sedangkan peniaga tempatan jual RM15 kerana kos lebih tinggi sedangkan warga asing tak ada kos serta berniaga secara haram,” katanya.

Loading...
Terkini