comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Johor jadi negeri termaju di Malaysia dua tahun lagi – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 di Angsana Johor Bahru Mall.-Foto: NSTP

JOHOR BAHRU: Johor dijangka menjadi negeri termaju di Malaysia dalam tempoh dua tahun ini susulan pelaksanaan dua zon ekonomi khas di negeri itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan Zon Khas Kewangan Forest City seterusnya akan memacu pertumbuhan ekonomi negara menjadi lebih pesat.

“Dua zon ekonomi dan kewangan khas ini akan memacu perkembangan ekonomi negara menjadi lebih pesat. Apa sasarannya itu tak penting, namun paling penting adalah kemudahan ini (dua zon ekonomi) akan membantu dan dijangkakan Johor akan lebih pesat daripada beberapa negeri lain dalam tempoh setahun dua ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2024 bersama Perdana Menteri di Padang Begonia, Angsana Johor Bahru Mall, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani.

Dalam pada itu, ketika berucap dalam majlis sambutan berkenaan Anwar berkata kewujudan dua zon khas ekonomi dan kewangan menjadi petanda Johor akan mencatat pertumbuhan yang sangat pesat tidak lama lagi.

“Tahun kebelakangan ini adalah tahun yang hebat buat Johor, bukan sahaja Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim yang juga Agong ke-17 dari negeri ini malah ia diterajui pemimpin muda yang berjaya membangunkan Johor sehingga pembangunan ekonomi antara yang terbaik di Malaysia,” katanya.

Dalam kenyataannya semasa mengumumkan Forest City sebagai Zon Khas Kewangan pada Ogos tahun lalu, Perdana Menteri dilaporkan berkata beliau lebih melihat kepentingan untuk negeri ini dan Singapura saling melengkapi, berbanding bersaing.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini