comscore
Tumpuan :
Nasional

Johor lancar program “Semarak Subuh” Jumaat ini

Oleh : Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor akan melancarkan Program “Semarak Subuh”  bermula Jumaat ini.

Program membabitkan 838 buah masjid dan 1,942 buah surau di seluruh Negeri Johor sepanjang tahun 2024.

Ia membabitkan semua Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor atau wakilnya bagi yang bukan beragama Islam mengikut lokaliti dan zon masing-masing.

Langkah ini merupakan inisiatif dalam strategi memperkukuh tadbir urus syiar Islam, belanjawan Johor 2024.

Justeru semua dijemput menjayakan program berkenaan di masjid dan surau kawasan masing-masing.

Loading...
Terkini