comscore
Tumpuan :
Nasional

Jom Bakar Lomak Ghayo, tarik 300 penyertaan 

JELEBU: Syawal sudahpun berlalu, kini pasti ramai yang bergelut dengan masalah berat badan yang naik mendadak ekoran masing-masing memenuhi jemputan rumah terbuka sebelum ini.

Bertemakan Jom Bakar Lomak Ghayo, seramai 300 peserta pelbagai peringkat umur mengambil bahagian dalam Jelebu Fun Walk yang dianjurkan Majlis Daerah Jelebu (MDJ) semalam.

Acara diadakan sempena Program Jom Cergas Komuniti Jelebu merupakan Program Kemampanan Komuniti Bandar diperkenalkan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Yang Dipertua MDJ Abdul Rahim A. Aziz berkata Jelebu Fun Walk merupakan antara program diadakan selain sukaneka, jualan dan pameran.

Katanya mengambil pendekatan dan inisiatif mudah, fun walk secara santai itu membabitkan jarak sejauh 3.5 Kilometer mengeliling pekan Kuala Klawang.

“Kita semua sedia maklum, sebulan Syawal selesai diraikan, justeru bersesuai dengan temanya kita bersama-sama melakukan aktiviti yang boleh membakar sedikit lemak terkumpul didalam selepas saban hari kita menghadiri jemputan rumah terbuka.

“Biarpun diadakan pada hujung minggu, sambutan daripada orang ramai amatlah menggalakkan selain memupuk kesedaran kepada komuniti kepentingan menjaga kesihatan,” katanya.

Program dirasmikan Exco Kanan Kerajaan Negeri Sembilan Datuk Seri Jalaluddin Alias.

Hadir sama Adun Klawang Datuk Bakri Sawir.

Abdul Rahim berkata hampir keseluruhan peserta berjaya menamatkan acara berjalan yang mengambil masa 30 hingga 45 minit tanpa sebarang masalah.

Katanya program dianjurkan turut mendapat kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu yang turut mengadakan pemeriksaan kesihatan dan aktiviti lain seperti wellness on wheels dan wellness on bike.

Sementara itu Jalaluddin berkataacara dianjurkan menjadikan agensi kerajaan terutama Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lebih dekat dengan masyarakat.

“MDJ mengambil inisiatif pantas menganjur acara fun walk danberharap bakar lomak ghayo ini tidak terhenti setakatdi sini sebaliknya perlu diteruskan oleh setiap individu pada setiap masa.

“Kita sedia maklum, pada bulan Syawal, kita dihidangkan dengan pelbagai makanan yang sedap-sedap dan sudah pastinya sekiranya ianya diambil dengan kadar yang berlebihan akan memberikan implikasi yang tidak baik pada badan kita,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini