comscore
Tumpuan :
Nasional

Jom makan durian percuma !

MUAR: Bukan sekadar gimik. Seorang peniaga durian, Mohamed Hanif Abdul Malek, 33, memperkenalkan aktiviti makan durian secara percuma di sekitar daerah ini.

“Mula-mula saya dikecam kerana ada kalangan mereka anggap ia sekadar gimik murahan.

Tapi selepas masuk kali kedua, kecaman itu berkurangan kerana mereka sudah percaya,” katanya.

Aktiviti ini bermula bermula sejak minggu lalu dengan sebanyak 100 kilogram (kg) hingga 200kg durian disediakan sehari untuk orang ramai.

Setakat ini, sebanyak 1.1 tan durian sudah diinfak kepada orang ramai yang berkunjung ke gerainya di Jalan Abdul Rahman, Parit Besar, di sini

Mohamed Hanif berkata, bekalan durian diperoleh dari kebun sekitar Parit Jawa, Bukit Kangkar serta Bukit Pasir di daerah Muar melalui pajakan untuk aktiviti ini.

“Ada yang datang dari Johor Bahru semata-mata untuk melihat sendiri aktiviti ini wujud atau tidak, malah rezeki saya tidak putus-putus kerana mereka bukan sahaja makan percuma malah ada antaranya turut membeli durian dijual di gerai saya.

“Inilah berkat kita sedekah pada orang ramai tanpa mengira kedudukan. Saya puas hati kerana ramai antara mereka datang membawa anak-anak untuk memeriahkan aktiviti ini,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurutnya, program ini akan berterusan sehingga musim raja buah itu berakhir.

“Aktiviti ini sebenarnya membantu mereka yang ingin makan durian dan mungkin mereka kurang berkemampuan. Apa salahnya kita jemput mereka supaya datang dan makan sebanyak mungkin,” katanya.

Loading...
Terkini