KUALA LUMPUR: Sebanyak 827 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan menerusi Ops Motosikal di seluruh Selangor, semalam.
Timbalan Ketua Pengarah Perancangan Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Jazmanie Shafawi berkata, 7,124 kenderaan diperiksa sepanjang operasi bermula 8 malam hingga 12 tengah malam itu.
“Sebanyak 1,940 pelbagai jenis lori diperiksa, bas (52), kereta (2,119), dan motosikal (3,016).
“Sejumlah 576 tindakan dikenakan ke atas 188 lori, bas (11), kereta (63), dan motosikal (314),” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurutnya, sebanyak 569 notis saman P(22) dikeluarkan, notis larangan penggunaan kenderaan- PG1 (103), notis arah periksa kenderaan (127), notis penahanan (19), notis arah timbang (sembilan).
Katanya, pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) memeriksa 27 individu dan tiga daripadanya ditahan.
Operasi turut disertai lima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) (15), dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) (10).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.