Tumpuan :
Nasional

JPJ keluarkan 22,252 notis kepada pemandu kenderaan dalam seminggu

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli.- FOTO: NSTP

KUANTAN: Dalam tempoh seminggu sejak 20 Januari lalu, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sudah mengeluarkan 22,252 notis pelbagai kesalahan terhadap pemandu dan kenderaan menerusi penguatkuasaan Operasi Khas Tahun Baharu Cina 2025.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata dalam tempoh itu juga sebanyak 223 kenderaan disita daripada 100,534 kenderaan yang diperiksa.

“Kesalahan utama adalah tiada lesen memandu kompeten (CDL), lebih muatan, tidak memakai topi keledar dan tali pinggang, tidak mematuhi isyarat lampu merah dan menggunakan telefon bimbit.

“Kesalahan lain memotong di garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan dan memandu kenderaan berat di lorong laju,” katanya selepas lawatan kerja ke ibu pejabat JPJ Pahang, hari ini.

Dalam pada itu, katanya, dalam tempoh empat hari iaitu hari ini, esok serta 1 dan 2 Februari, kenderaan barangan dilarang berada di jalan raya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini