Tumpuan :
Nasional

JPJ Melaka keluarkan 275 notis pelbagai kesalahan

Foto hiasan

MELAKA: JPJ Melaka mengeluarkan 275 notis atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Bersepadu Khas di Batu Berendam malam tadi, melibatkan pemeriksaan 4,075 kenderaan.

Menurut Pengarahnya, Muhammad Firdaus Shariff, 263 kenderaan dikenakan tindakan. Kesalahan paling banyak adalah 103 berkaitan Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan insurans tamat tempoh, 68 kesalahan lesen memandu tamat tempoh, 48 kesalahan teknikal, dan 56 kesalahan lain.

Selain itu, enam pemandu warga asing, termasuk dua warga Bangladesh, seorang Indonesia, Pakistan, Vietnam, dan Thailand, ditahan kerana kesalahan LKM, insurans, dan lesen tamat tempoh.

Operasi bersepadu itu melibatkan kerjasama JPJ, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen, dan AADK, dengan 72 anggota terlibat selama empat jam.

Jabatan Imigresen juga menahan tiga lelaki warga asing, iaitu dari Myanmar, Bangladesh, dan Indonesia, kerana tinggal lebih masa di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini