comscore
Tumpuan :
Nasional

JPJ periksa 316 bas, 12 diambil tindakan

Foto: NSTP

KAJANG: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memeriksa 361 bas di 54 depoh bas seluruh negara sempena sambutan Tahun Baharu Cina dan cuti persekolahan.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan berkata, aktiviti pemeriksaan dan pengauditan membabitkan depoh bas di seluruh negara dilakukan bermula Sabtu lalu bagi memastikan tahap kesediaan operasi dan keselamatan berada dalam keadaan baik.

Menurutnya, setakat ini 12 bas telah diambil tindakan, manakala 10 bas lagi dikeluarkan Notis Larangan Penggunaan Kenderaan (PG1) kerana pelanggaran peraturan teknikal yang ditetapkan.

“JPJ juga memantau pemandu yang akan mengendalikan operasi bas mempunyai dokumen yang lengkap dan bersedia mengoperasikan perkhidmatan bas mengikut jadual ditetapkan.

“Kita memandang serius aspek keselamatan dan tidak akan berkompromi dengan pihak syarikat, pemilik dan pemandu bas ekspres termasuk mana-mana pengguna jalan raya yang masih tegar melanggar undang-undang serta peraturan yang ditetapkan,” katanya pada sidang media hari ini.

Foto: NSTP

Beliau ditemui selepas melakukan pemeriksaan di Depoh Transnasional Express Sdn Bhd (Transnasional), Sungai Chua, sempena Ops JPJ Depoh Khas Bulan Perayaan.

Tambahnya, larangan kenderaan berat beroperasi sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina adalah dua hari sebelum perayaan iaitu 8 dan 9 Februari, sementara dua hari lagi selepas perayaan iaitu pada 12 dan 13 Februari.

“Larangan itu bagi memastikan kelancaran lalu lintas sepanjang musim perayaan, selain mengelak berlaku kejadian kemalangan tidak diingini.

“Kita juga akan melakukan pemeriksaan status saman syarikat pengendali bas tertunggak dan pemeriksaan status saman pemandu bas tertunggak,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini