comscore
Tumpuan :
Nasional

JPJ tubuh pasukan khas kendali kes kenderaan berat melebihi had muatan

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan.

SHAH ALAM: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menubuhkan pasukan khas khusus bagi mengendalikan kes kenderaan berat melebihi had muatan.

Pengarah Kanan Penguatkuasa JPJ Datuk Lokman Jamaan berkata pasukan itu ditubuhkan sejak enam bulan lalu.

“Sepanjang tempoh itu, sebanyak 60 sitaan dibuat terhadap kenderaan berat yang melebihi 70 peratus daripada jumlah muatan dibenarkan. Semua sitaan itu sudah didakwa di mahkamah dan dalam proses untuk mendapatkan perintah lucut hak di mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika mengetuai Op Tahun Baru Cina (TBC) 2024 di Plaza Tol Kemuning, di sini, hari ini.

Lokman berkata pasukan itu akan melaksanakan operasi khas kenderaan berat yang melebihi had muatan fasa dua selepas perayaan Tahun Baru Cina nanti.

Foto: NSTP

“Perlaksanaan operasi itu akan diteruskan secara konsisten dalam usaha memastikan semua pihak mematuhi peraturan had muatan dibenarkan. Pada masa sama, kami mahu tindakan diambil terhadap pihak yang masih berdegil dan enggan mematuhi peraturan berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan Plus Malaysia Berhad (PLUS) menyarankan perhatian lebih serius dan langkah lebih drastik perlu diambil terhadap pemandu serta operator kenderaan berat.

Ia bukan sahaja pada musim perayaan, malah pada setiap masa memandangkan trend peningkatannya yang semakin membimbangkan.

Sebelum ini, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memaklumkan kenderaan berat dengan muatan berlebihan menjadi satu masalah besar dan antara penyumbang kemalangan jalan raya.

Susulan itu, katanya, isu muatan berlebihan perlu diatasi dengan tindakan tegas menerusi penguatkuasaan bagi mengelakkan permasalahan berkenaan terus berlanjutan.

Menurutnya, mulai suku ketiga tahun lalu, penguatkuasaan giat dijalankan dan terus meningkat sejak beberapa bulan lalu dengan jumlah saman dikeluarkan bertambah terutama kepada pengusaha kenderaan perdagangan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini