comscore
Tumpuan :
Nasional

JPM akan kaji pelaksanaan Akta Parlimen Berpenggal Tetap’ – Azalina

PUTRAJAYA: Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) akan meneruskan kajian terperinci bagi pengenalan Akta Parlimen Berpenggal Tetap termasuk kajian impak (impact study), selain mendapatkan pandangan orang awam berkenaan pengenalan akta itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, dapatan kajian yang menyeluruh itu akan diguna pakai bagi pertimbangan dasar oleh Kabinet.

Beliau berkata, sesi libat urus dengan semua pihak berkepentingan berkaitan pengenalan akta itu juga akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

“Pada tahun ini, BHEUU akan meneruskan kajian terperinci termasuk kajian impak dan mendapatkan pandangan orang awam berkenaan pengenalan Akta Parlimen Berpenggal Tetap, supaya kajian menyeluruh ini akan diguna pakai bagi pertimbangan dasar oleh Kabinet,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya usaha penggubalan Akta Parlimen Berpenggal Tetap oleh Kerajaan Perpaduan bukan satu langkah terdesak.

“Ia sebaliknya mencerminkan komitmen Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam menghormati mandat pilihan raya, proses demokrasi dan memastikan kestabilan politik, lebih-lebih lagi dalam keadaan semasa geopolitik yang tidak tentu pada hari ini ” , katanya.

Loading...
Terkini