comscore
Tumpuan :
Nasional

JPN nafi terbabit dengan program permohonan kewarganegaraan yang tular

KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menafikan terbabit dengan program permohonan kewarganegaraan seperti mana yang tular di Facebook, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, JPN memaklumkan program itu bukan anjuran bersama pihaknya, malah tiada jemputan penyertaan JPN ke program itu.

Kenyataan itu juga menyebut bahawa sebarang urusan berkaitan kewarganegaraan hanya boleh dibuat di kaunter Pejabat JPN sahaja dengan kehadiran pemohon itu sendiri.

“JPN sentiasa ingin menegaskan penganugerahan taraf kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi oleh Kerajaan Malaysia kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi syarat.

“Proses yang dilaksanakan oleh Kerajaan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagimemastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin,” katanya dalam satu kenyatan, hari ini.

Terdahulu, tular di laman Facebook poster program permohonan kewarganegaraan yang berlangsung di Johor Bahru pada 30 Jun ini.

Program itu dikatakan akan berlangsung dari jam 1.30 tengah hari hingga 5.30 petang.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini