comscore
Tumpuan :
Nasional

JPVPP rampas 76.1 kilogram karkas kambing sejuk beku

Pegawai Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) melakukan pemeriksaan kesihatan pada karkas kambing yang dirampas di sebuah premis ternakan di Bukit Minyak, Bukit Mertajam. – FOTO : NSTP / Ihsan JPVPP


BUKIT MERTAJAM: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Pulau Pinang (JPVPP) merampas 76.1 kilogram (kg) karkas kambing sejuk beku dipercayai untuk jualan tempahan sempena perayaan Deepavali. 

Rampasan dibuat dalam satu serbuan di sebuah premis ternakan di Bukit Minyak, di sini, pagi tadi.

Menurut Pengarah JPVPP, Dr Saira Banu Mohamed Rejab, rampasan itu dilakukan sepasukan penguatkuasanya yang mengadakan pemeriksaan rutin harian kira-kira jam 10.15 pagi di premis terbabit.

Katanya, pemeriksaan awal  ke atas premis yang diusahakan warga tempatan itu menemui beberapa karkas dipercayai kambing di dalam peti sejuk beku.

“Karkas sejuk beku itu disyaki bukan disembelih di rumah penyembelihan yang diluluskan atau yang dilesenkan.

Foto: NSTP/ / Ihsan JPVPP



“Oleh yang demikian, rampasan telah dibuat terhadap karkas terbabit dan dibawa ke pejabat untuk tujuan siasatan lanjut,” katanya ketika ditemui di sini, hari ini.

Jelasnya lagi , nilai rampasan karkas kambing sejuk beku itu dianggarkan bernilai RM3,000. 

Kes disiasat mengikut Kaedah 5(3) Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan 2009).

Loading...
Terkini