comscore
Tumpuan :
Nasional

Jualan Koperasi MADANI beri manfaat kepada hampir 100,000 rakyat

SUNGAI BULOH: Seramai 90,535 rakyat menerima manfaat penjimatan kos sara hidup menerusi penganjuran 36 siri Jualan MADANI Koperasi (JMK) bagi tempoh Januari sehingga 7 Jun tahun ini.

Program ini turut merekodkan jumlah jualan melebihi RM3.6 juta dalam tempoh sama.

Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ramanan Ramakrishnan berkata, pihaknya komited untuk terus memperluaskan penganjuran program berkenaan.

Ini bagi meringankan beban kos sara hidup rakyat, menerusi penawaran diskaun harga barangan lebih rendah berbanding pasaran.

“Memang program ini berlaku serentak di banyak tempat, bukan satu tempat, satu kali sahaja.

“Saya harap Jualan MADANI Koperasi ini akan diteruskan SKM secara besar-besaran seperti ini di seluruh negara untuk membantu rakyat,” katanya yang ditemui pada Program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan sempena Aidiladha di sini hari ini.

Program anjuran KUSKOP melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia itu menawarkan sehingga 50 peratus diskaun lebih rendah untuk barangan keperluan asas harian.

Selain itu, Ramanan yang juga Ahli Prlimen Sungai Buloh memaklumkan, penduduk di Parlimen itu juga berpeluang menikmati penjimatan harga barangan asas sehingga 50 peratus setiap kali JMK diadakan di situ.

Potongan harga itu diadakan ketika sesi jualan Happy Hour dan ia merupakan sumbangan beliau kepada penduduk setempat sehingga barangan yang dikhususkan untuk sesi itu habis dijual.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini