comscore
Tumpuan :
Nasional

Jumlah mangsa banjir di 2 daerah di Johor meningkat

Foto ihsan APM

Oleh: Zahir Senapiah

JOHOR BAHRU: Jumlah mangsa banjir di dua daerah di negeri ini meningkat menjadi 121 orang berbanding 108 orang, petang semalam.

Ia membabitkan 39 keluarga berbanding 30 keluarga yang dipindahkan ke tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di Mersing dan Segamat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, Mersing merekodkan jumlah mangsa teramai dengan 91 penduduk daripada 32 keluarga yang terdiri daripada penduduk masyarakat orang asli kampung Peta.

Foto ihsan APM

“Jalan darat ke Kampung Orang Asli Peta itu juga masih terputus kerana dinaiki air,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dua PPS di daerah Segamat pula iaitu di Balai Raya Kampung Baru Badak dan Balai Raya Kampung Jabi kini menempatkan 30 penduduk dari 7 keluarga.

Ia membabitkan mangsa dari kampung Sebarang Badak, Jementah dan kampung Sermin, Pemanis.

Foto ihsan APM

Azmi turut mengigatkan penduduk yang tinggal dikawasan berisiko banjir khususnya di daerah Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru diminta berwaspada susulan ramalan hujan tahap jingga oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini.

Laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Johor turut menunjukkan Sungai Lenik di ladang Caah di Segamat dan sungai Sayong di Kulai semakin menghampiri paras bahaya.

Loading...
Terkini