comscore
Tumpuan :
Bencana

Jumlah mangsa banjir di Johor terus menurun

Sukarelawan Southern Volunteer membersihkan bilik darjah dan kawasan sekitar yang terjejas akibat banjir di SMK Seri Gading, Batu Pahat. – FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: Keadaan banjir di Johor terutamanya di daerah Batu Pahat dilihat semakin pulih, setelah air banjir di kawasan yang terjejas teruk seperti Parit Sulong, Yong Peng, Sri Gading dan Parit Raja, dilihat sudah mulai surut.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negari (JPBN) memaklumkan, dua daerah iaitu Batu Pahat dan Segamat menyaksikan jumlah mangsa seramai 20,107 orang yang ditempatkan di 77 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 4 petang tadi, berbanding 21,127 orang yang dicatatkan pada 8 pagi tadi.

“Batu Pahat masih merekodkan mangsa teramai dengan 20,083 mangsa daripada 5,743 keluarga di 75 PPS diikuti Segamat 24 mangsa daripada lapan keluarga,” kata jawatankuasa itu dalam satu kenyataan, hari ini.

Cuaca di semua 10 daerah sehingga petang ini dilaporkan cerah dan tiada sungai yang berada di paras bahaya.

Terdahulu, Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi menerusi satu hantaran berkata usaha untuk mengepam air sedang giat dilaksanakan, untuk menangani masalah banjir termenung di daerah Batu Pahat.

Beliau berharap agar ia dapat ditangani terutama sebelum tibanya Ramadan, minggu depan. – BERNAMA

Loading...
Terkini