KOTA BHARU: Jumlah mangsa banjir di Kelantan terus meningkat kepada 1,352 orang sehingga 7 pagi ini berbanding 262 mangsa malam tadi.
Berdasarkan Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa daripada 396 keluarga yang ditempatkan di 39 pusat pemindahan sementara (PPS) di lapan daerah.
Daerah yang dilanda banjir adalah Pasir Mas, Kuala Krai, Jeli, Machang, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kota Bharu dan Bachok.
Sebanyak lapan PPS dibuka di Tanah Merah, tujuh di Pasir Puteh, enam di Kuala Krai dan masing-masing lima PPS di Kota Bharu serta Pasir Mas, diikuti empat PPS di Jeli, tiga di Bachok dan satu PPS di Machang.
Seramai 301 mangsa banjir daripada 79 keluarga yang berada di PPS di Pasir Mas dan Tanah Merah pula seramai 143 mangsa membabitkan 45 keluarga.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.