comscore
Tumpuan :
Nasional

Jumlah mangsa banjir di PPS Debak, Betong meningkat

Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di PPS Dewan Millenia, Debak dalam Bahagian Betong meningkat 114 orang sehingga jam 7 pagi tadi. -Ihsan JPBN Sarawak

KUCHING: Setakat jam 7 pagi tadi, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Millenia, Debak dalam Bahagian Betong telah meningkat kepada 114 orang.

Ketika dibuka pada jam 1.30 pagi tadi, PPS berkenaan hanya menempatkan 30 mangsa daripada enam keluarga.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, semua mangsa adalah daripada 32 keluarga.

Katanya, mangsa terbabit dipindahkan selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir yang melanda mulai petang semalam selepas hujan berterusan sejak kelmarin.

“Kawasan kediaman yang terjejas ialah di Kampung terbabit ialah Kampung Lalang, Kampung Bungey dan Kampung Babu.

“Sebanyak 32 rumah penduduk terjejas dan penghuni diarah berpindah bagi memastikan keselamatan mereka,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jurucakap itu berkata, daripada 114 penghuni PPS itu ketika ini, 43 adalah lelaki manakala 60 lagi wanita.

“Daripada jumlah itu, seramai 24 adalah lelaki dewasa, 31 wanita dewasa, masing-masing 19 kanak-kanak lelaki dan perempuan, dua bayi perempuan, seorang bayi lelaki, seorang wanita kurang upaya (OKU) serta 15 warga emas wanita dan tiga lagi lelaki.

“Paras air terus dipantau berikutan keadaan cuaca tidak menentu sekarang,” katanya.

Loading...
Terkini