
KUALA LUMPUR: Setakat jam 8 malam tadi, jumlah mangsa banjir di Sabah menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup.
Berbanding 1,702 petang semalam, jumlah mangsa banjir berkurang kepada 1,485 orang malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah memaklumkan, daerah Beluran pulih sepenuhnya dan semua PPS ditutup 6 petang semalam menjadikan hanya sembilan PPS dibuka di empat daerah di negeri itu.
Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan, Pitas kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi iaitu 819 mangsa, diikuti Lahad Datu (520), Beaufort (110) dan Paitan (36).
Trend pemindahan mangsa di daerah Lahad Datu menunjukkan peningkatan manakala daerah-daerah lain kekal tidak berubah.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.