comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jumlah mangsa banjir di Sabah cecah 8,523 orang

Pasukan Bomba menjalankan operasi mengeluarkan mangsa yang terperangkap banjir menggunakan sistem Hauling di pusat peranginan Polumpung, Kampung Melangkap Baru, Kota Belud. – Foto JBPM Sabah

KOTA KINABALU: Jumlah mangsa banjir di Sabah mencecah 8,524 orang setakat jam 12 tengah hari, berbanding 6,843 orang dilaporkan pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, berkata ia membabitkan sebanyak 2,966 Ketua Isi Rumah (KIR) daripada lima daerah yang dilaporkan dilanda banjir.

“Semua mangsa yang terjejas kini dipindahkan ke 33 pusat pemindahan sementara (PPS) yang beroperasi di daerah berkenaan.

“Setakat tengah hari ini, terdapat empat PPS yang masih menunjukkan trend peningkatan dalam jumlah mangsa banjir yang dipindahkan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Tiga daerah yang mencatatkan angka mangsa banjir tertinggi ialah Kota Marudu (6,150 mangsa), Pitas (1,523 mangsa) dan Paitan (718 mangsa).–BERITA HARIAN

Loading...
Terkini