
PETALING JAYA: Jumlah mangsa yang berada di pusat pemindahan sementara (PPS) di Selangor dan Perak terus menurun pagi ini.
Di Selangor, empat PPS masih beroperasi yang menempatkan seramai 192 penduduk daripada 49 keluarga.
Ia berbanding 225 orang daripada 58 keluarga, malam tadi.
Laman sesawang Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat memaklumkan empat PPS masih beroperasi ialah Dewan Orang Ramai Jenderam Hilir, Sekolah Menengah Kebangsaan Dengkil dan Dewan Orang Ramai Dengkil di daerah Sepang, serta Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Changgang di Kuala Langat.

Jumlah mangsa banjir di Perak juga semakin menurun dengan 423 penduduk daripada 127 keluarga berlindung di lima PPS di Hilir Perak dan Kerian, berbanding 432 orang daripada 130 keluarga malam tadi.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak berkata, di Hilir Perak, 169 orang daripada 52 keluarga masih berada di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak.
Manakala di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan pula menempatkan seramai 70 orang daripada 24 keluarga.
“Seramai 40 mangsa daripada 11 keluarga pula ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Chikus.
“Mangsa banjir di daerah Kerian pula berkurang kepada 87 orang daripada 21 keluarga yang ditempatkan di PPS SK Changkat Lobak dan 57 orang daripada 19 keluarga masih kekal berlindung di PPS SK Alor Pongsu,” katanya.