Tumpuan :
Nasional

Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 2,557 mangsa

Sebahagian penduduk mulai pulang selepas air mulai surut di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Kemasik. FOTO: NSTP

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu menurun kepada 2,557 mangsa daripada 641 keluarga setakat jam 12 tengah hari.

Kesemua mangsa kini ditempatkan di enam pusat pemindahan sementara (PPS) di Kemaman dan Marang.

Pagi tadi, seramai 2,579 mangsa banjir daripada 645 keluarga ditempatkan di enam PPS.

Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu, pengurangan itu susulan beberapa mangsa dibenarkan pulang di daerah Kemaman.

Ketika ini, terdapat seramai 2,544 mangsa daripada 637 keluarga berlindung di lima PPS di daerah berkenaan berbanding 2,566 mangsa (641 keluarga) pagi tadi.

Lima PPS yang masif aktif adalah Balai Raya Meraga Beris, Sekolah Kebangsaan Kemasik, Dewan Abd Rahman Limbong, DITC Telu Kalong, Balai Raya Beris Nenas dan Balai Raya Padang Kemunting.

PPS di Dewan Sivik Wakaf Tapai masih dibuka sebagai tempat berlindung 13 mangsa daripada empat keluarga.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini