comscore
Tumpuan :
Nasional

Jumlah miskin tegar di Pahang berkurangan 60.8 peratus tahun lalu

KUANTAN: Jumlah miskin tegar di Pahang pada tahun lalu berkurangan sebanyak 60 peratus.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail berkata, Laporan Kesejahteraan Rakyat Negeri Pahang merekodkan jumlah miskin tegar pada 3 Januari 2023 ialah seramai 4,968 orang dan menurun kepada 1,946 orang pada 31 Disember tahun sama.

“Kejayaan pengurangan ini hasil usaha berterusan kerajaan negeri dalam memberi pelbagai bentuk bantuan, sumbangan dan inisiatif serta projek pembangunan, yang secara langsung membuka peluang pekerjaan,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebooknya.

Semalam, Datuk Seri Wan Rosdi mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Pahang di Wisma Sri Pahang, Kuantan.

Tambahnya, beliau optimis bahawa usaha berterusan dilakukan kerajaan negeri, akan dapat mengurangkan lagi jumlah miskin tegar di Pahang pada masa akan datang.

Sementara itu, beliau memaklumkan hanya 184,822 individu di negeri itu telah mendaftar dan mengemas kini data mereka di Sistem Pangkalan Data Utama (PADU), setakat 15 Februari lalu berbanding 1.09 juta rakyat Pahang berusia 18 tahun ke atas.

Sehubungan itu, beliau berharap mereka yang masih belum mendaftar, dapat berbuat demikian sebelum tarikh akhir iaitu pada 31 Mac.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini