Tumpuan :
Nasional

Jurujual ditahan buat laporan palsu kononnya disamun, hilang MyKad

Foto hiasan

SUBANG JAYA: Seorang jurujual ditahan kerana disyaki membuat laporan polis palsu mendakwa disamun selepas kehilangan kad pengenalan (MyKad) miliknya di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, lelaki berusia 25 tahun itu datang membuat laporan palsu itu semalam.

“Suspek mendakwa disamun oleh dua lelaki menaiki motosikal bangsa tidak dikenal pasti menggunakan pisau di Jalan USJ 14/1D, di sini.

“Suspek mendakwa menyerahkan berharga kepada penyamun, suspek mendakwa kerugian RM200,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil soal siasat ke atas suspek mendapati laporan samun yang dibuat itu adalah palsu.

Katanya, motif suspek melakukan laporan palsu itu dipercayai kerana enggan membayar denda kerana kehilangan MyKad.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 182/395/397 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan kertas siasatan sudah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Shah Alam mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan esok yang membawa hukuman penjara hingga enam bulan atau denda RM2,000 atau kedua-dua sekali,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini