comscore
Tumpuan :
Nasional

Jururawat antara dua individu maut kemalangan babit dua kenderaan

Foto: NSTP

KUANTAN: Dua individu, termasuk seorang jururawat maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Kampung Salong-Chini, Pekan, hari ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin, berkata mangsa yang maut ialah jururawat, Noridah Abd Jalal, 49 dan Azmi Nujain, 42.

Katanya, berdasarkan laporan, kemalangan itu membabitkan dua kenderaan, masing-masing satu Perodua Axia dan Proton Saga itu berlaku kira-kira jam 8.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati, Axia yang dipandu Noridah dari arah Salong menghala ke Chini manakala Saga yang dipandu Azmi dari arah Chini menghala ke Salong.

“Apabila tiba di tempat kejadian, kereta yang dipandu Noridah dipercayai hilang kawalan lalu melanggar kereta yang dipandu Azmi yang berada di lorong bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Pekan untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) APJ 1987.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini