comscore
Tumpuan :
Nasional

Juruteknologi makmal perubatan didakwa 25 pertuduhan terima suapan

FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: Seorang penjawat awam dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas 25 pertuduhan menerima suapan sebanyak RM16,150 antara 2019 hingga tahun lalu.

Tertuduh, Juruteknologi makmal perubatan Jabatan Patologi Hospital Sultanah Aminah (HSA), Saifulamin Sabran, 52, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail.

Bagi semua pertuduhan itu, dia sebagai penjawat awam didakwa setuju menerima untuk dirinya keseluruhan sebanyak RM16,150 daripada enam individu tanpa balasan yang mana tertuduh tahu ia ada kaitan dengan tugas rasminya.

Semua wang antara RM500 hingga RM2,000 itu didakwa diterima melalui beberapa akaun milik enam individu yang menjadi pengantara di dua bank dekat enam cawangan berbeza sekitar Johor Bahru, Kota Tinggi, Kulai dan Kluang.

Bagi perbuatan yang didakwa dilakukan antara 17 Ogos 2019 hingga 19 Januari 2023, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bagi semua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta tiga syarat tambahan seperti yang dicadangkan pihak pendakwaan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokumen pada 21 April depan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini