comscore
Tumpuan :
Nasional

Jurutera Daerah direman kes rasuah RM700,000

IPOH: Dua penjawat awam termasuk Jurutera Daerah ditahan reman tujuh hari oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan menerima rasuah berjumlah lebih RM700,000 yang membabitkan kelulusan projek.

Perintah reman yang bermula hari ini sehingga 2 Julai itu dibenarkan Majistret ‘Atifah Hazimah Wahab selepas Juruterah Daerah itu, 49, dan pembantu awam dari jabatan sama, 46, dibawa ke perkarangan kompleks Mahkamah Tinggi Ipoh, di sini hari ini bagi proses permohonan reman.

Kedua-dua mereka dibawa anggota SPRM di perkarangan mahkamah sekitar 10.20 pagi tadi dengan berpakaian lokap warna oren agensi penguatkuasa itu sebelum dilihat keluar dari kamar mahkamah sekitar jam 10.52 pagi.

Penahanan itu berkaitan sejumlah lebih RM700,000 yang disyaki hasil rasuah membabitkan wang tunai RM348,700 dan buku akaun terkini Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) berbaki RM400,000, disita daripada Jurutera Daerah terbabit.

Kedua-dua mereka ditahan sewaktu memberi keterangan di Pejabat SPRM Perak, Meru Raya, di sini, sekitar jam 7.45 malam tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Perak, Ahmad Sabri Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua suspek untuk siasatan kes mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini