Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Juruterbang Malaysia Airlines dipuji, mendaratkan pesawat ketika ribut dengan selamat

@saysdotcom The pilots of a Malaysia Airlines flight have gained praise for their skilful landing at London’s Heathrow Airport (LHR) during a storm over the weekend. A video shared on the ‘True Malaysia Airlines Fans’ Facebook page, originally from aviation spotter Big Jet TV’s YouTube livestream, captured the Malaysia Airlines Airbus A350-900 smoothly touching down, despite being buffeted by strong crosswinds from Storm Darragh.
The Malaysia Airlines landing also received a remark of surprise from the video’s commentator: “Blimey! Huge swing there. That’s a massive crabbing to the landing. Awesome.”
Netizens were full of praise for the pilots, commending their expertise in executing the landing in challenging weather conditions.
Click the link in @saysdotcom bio or visit www.says.com to read the full article.
🎥 via Big Jet TV (Youtube) #SAYSnews ♬ original sound – saysdotcom

LONDON: Kemahiran juruterbang pesawat penumpang Malaysia Airlines melaksanakan teknik pendaratan canggih ‘crabbing’ bagi membawa penumpang dengan selamat ke Lapangan Terbang Heathrow telah menerima pujian meluas atas kemahirannya.

Dalam video dramatik yang merakam pendaratan itu, juruterbang dilihat menggunakan teknik ‘crabbing’ bagi mengekalkan kawalan pesawat, walaupun menghadapi tiupan angin kencang akibat ribut Darragh.

Ribut itu membawa angin berkelajuan sehingga 155 kilometer sejam (km/j) ke selatan England pada Sabtu, termasuk di Heathrow, lapangan terbang paling sibuk di United kingdom (UK), yang memaksa banyak pesawat mencuba beberapa kali sebelum berjaya mendarat.

Bagi sesetengah penumpang, ia menjadi pengalaman mendebarkan, dengan satu penerbangan British Airways membuat tiga cubaan pendaratan gagal sebelum akhirnya terpaksa berpatah ke Frankfurt, Jerman.

Namun, kebanyakan penerbangan berjaya mendarat, walaupun penumpang mengalami debaran ketika pendaratan.

Video dramatik yang merakam pendaratan itu, juruterbang dilihat menggunakan teknik ‘crabbing’ bagi mengekalkan kawalan pesawat, walaupun menghadapi tiupan angin kencang akibat ribut Darragh. – FOTO: Ihsan Stephen Riches

Dalam detik-detik akhir pendaratan Malaysia Airlines di Heathrow pada Sabtu, hidung pesawat kelihatan membelok tajam ke sisi ketika juruterbang berusaha mengawal pesawat daripada tiupan angin, dengan membuatkan peminat penerbangan di darat kagum dengan kemahirannya.

Pesawat itu mendarat dengan kedua-dua roda belakang menyentuh landasan terlebih dahulu, manakala hidung pesawat berada pada sudut hampir 45 darjah sebelum melantun sedikit dan kemudian diluruskan dengan sempurna.

Bagi sesetengah pemerhati, sudut pendaratan itu membuatkan ia ‘seolah-olah barisan ke 40 di Kelas Ekonomi yang mendarat dahulu’. Ramai memuji kemahiran juruterbang Malaysia Airlines atas kejayaan mencipta sudut ‘crab’ yang sangat mengagumkan. – AGENSI.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini