comscore
Tumpuan :
Nasional

Jutaan terima kasih cikgu! Terus berusaha tingkatkan sistem pendidikan negara – PM

FOTO: Anwar Ibrahim / Facebook

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sempena sambutan Hari Guru hari ini mengingatkan semua pihak agar terus berusaha meningkatkan sistem pendidikan negara agar mampu diakses seluruh rakyat Malaysia.

Beliau berkata keperluan sistem pendidikan penting untuk peningkatan moral yang tinggi, sekali gus melahirkan anak bangsa yang cemerlang.

Katanya, kehadiran guru begitu memainkan peranan dalam membentuk masa hadapan anak bangsa.

“Selamat menyambut Hari Guru kepada seluruh warga pendidik dan para guru yang gigih membina bangsa.”

“Tentunya dalam konteks membentuk masa depan anak bangsa, komitmen, peranan dan dukungan guru adalah terpenting.”

“Namun, usah dikesampingkan suatu fakta bahawa sistem pendidikan negara harus dipertingkat agar kita dapat memastikan akses yang sama dalam meraih ilmu pengetahuan serta tingkat moral yang tinggi.”

“Melahirkan anak bangsa yang berjaya adalah dambaan semua, tidak hanya di pihak pembuat kebijakan,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial Facebooknya, hari ini.

Beliau turut memberikan penghargaan tinggi kepada guru di Malaysia yang berjaya mewujudkan generasi yang berketerampilan.

“Jutaan penghargaan kepada guru-guru dan negara ini perlukan kebersamaan kalian terutamanya dalam usaha mewujudkan generasi penerus yang madani dan berketerampilan,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini